PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Anjuran  
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia 
05 FEBRUARI 2017
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Program Jom Ke Sekolah adalah
merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah
laku murid. Penglibatan pihak  Polis
dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)   di semua sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Objektif :
- Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
 - Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
 - Membugar kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP (BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2 (19) bertarikh 29 Julai 2010
 
Anjuran :
•      Program Jom Ke
sekolah merupakan NBOS di antara   KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM 
(Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan