Isnin, 10 September 2018

AKTIVITI BRIGED ICT PUSAT AKSES SK KODIANG BULAN OGOS

PEMBELAJARAN : BAGAIMANA MENGAKSES AKAUN E-MEL DARI FROG VLE
TARIKH : 27/8/2018      MASA : 10.30 - 10.45 PAGI
PESERTA : BRIGED ICT PUSAT AKSES SK KODIANG
JURULATIH : PN HASMIZURA BT ALI AZMI

  1. Aktiviti Briged ICT ini diadakan bagi memastikan murid Briged ICT PuAS sekolah memahami bagaimana untuk mengakses akaun peribadi mereka di dalam FROG VLE.
  2. Selain itu, murid juga diajar bagaimana untuk menghantar emel dan membaca emel yang diterima.
  3. Langkah-langkah penggunaan emel dicatat oleh murid Briged ICT untuk rujukan.






Rabu, 5 September 2018

BROSUR AKTIVITI SAMBUTAN KEMERDEKAAN



SEMANGAT KEMERDEKAAN PPKI SK KODIANG

AMBANG MERDEKA
SEMANGAT KERJASAMA MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
SK KODIANG BERSAMA GURU PPKI

Sempenan  Bulan Kemerdekaan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kodiang telah mengadakan Projek Ambang Merdeka dengan merekacipta dan menghias Kelas PPKI dan taman-taman PPKI. 

Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Kodiang berkata, program itu diadakan sempena Bulan Kemerdekaan dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Program tersebut dibantu dan di pantau di bawah bimbingan guru dan pembantu pengurusan murid.

Beliau berkata, ia dibuat untuk menanam rasa cintakan tanah air, menyemarakkan semangat patriotisme dan menyedarkan mereka mengenai nikmat kemakmuran yang dikecap hari ini adalah hasil pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.

“Melalui projek yang kita laksanakan ini, murid dapat aplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kelas ke medium yang saiznya lebih besar daripada kerja harian biasa yang telah dilatih oleh guru-guru".

“Murid juga dapat meningkatkan penguasaan koordinasi mata dan tangan terutama bagi murid yang hiperaktif dan autisme. Mereka sudah pasti seronok dapat mempamerkan hasil
kerja mereka kepada seluruh warga sekolah,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong projek berkenaan terutama guru besar, En Nik Mohamad Jafrizal bin Nik Abdullah.













PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2020

Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 Sesi 2020 30/12/2019 Sekitar pendaftaran dan suiakenal murid Tahun 1 Sesi 2020 Terima kasih kepad...