Selasa, 11 Oktober 2011

Sejarah SK KODIANG


P
ada tahun 1992 atas kesedaran orang-orang Melayu betapa pentingnya ilmu untuk anak bangsa, maka didirikan sebuah sekolah yang kemudiannya dinamakan Sekolah  Melayu Kodiang mengikut nama tempatnya.

Usaha membangunkan sekolah ini diteruskan oleh pengasasnya                       
Tok Penghulu Awing secara bergotong-royong.  Nama Kodiang
berasal daripada Bahasa Siam yang bermaksud Bukit Merah.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 26 Ogos 1932 bersamaan 3 Muharam 1341 Hijrah.  Pada tahun 1959 namanya telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kodiang dan kekal hingga hari ini.

            Asal sekolah ini diperbuat daripada kayu bertiang bulat tanpa berturap lantainya.  Tahun 1934 kerajaan telah menggantikan dengan bengunan batu yang dikenali sebagai Bangunan A.  Pada tahun 1953 Lembaga  Didikan telah membangunkan sebuah bangunan yang dikenali dengan Bangunan B.  Tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan dan dikenali Bangunan C.

            Oleh kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah tahun demi tahun dan keluasan tanah tidak boleh dibina bangunan tambahan, maka satu lokasi baru dicari.

Akhirnya pada tahun 1983 terbinalah Sekolah Kebangsaan Kodiang di tapak baru dengan bangunan tiga tingkat manakala sekolah lama dikekalkan sebagai sekolah cawangan.

            Lebih menarik lagi pada tahun 1990, sebuah Pusat Kegiatan Guru bagi sekolah-sekolah kawasan Kodiang telah dibina dalam kawasan sekolah baru ini.

            Turut didirikan sebuah kantin, 4 unit rumah guru, 2 bangsal basikal dan didirikan sebuah padang permainan yang luas.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Pada 31/1/2015 hasil dari Perisytiharan Georgetown SK Kodiang, bersama dengan SK Tunku Bendahara dan SMK Tunku Bendahara telah terlibat dengan Transformasi Pendidikan Sekolah-sekolah Kodiang

    BalasPadam
  2. 26/4/2015 Majlis Pelancaran Transformasi Sekolah-sekolah Kodiang telah disempurnakan oleh Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia- Bahagian Operasi (Beliau berasal dari Kg. Tengah Kodiang).
    Pelancaran program ini telah diadakan di Dewan Seri Kemuning, SK Kodiang bersempena dengan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah-sekolah yang terlibat dengan transformasi pendidikan sekolah-sekolah Kodiang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan Kedah Datin Azuyah Hassan

    BalasPadam
  3. Pada 8 Ogos 2015, SK Kodiang telah mencipta sejarah lagi apabila telah terpilih menyertai satu program pilot Kementerian Pendidikan Malaysia yang di kenali dengan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi) bersama-sama dengan seratus buah sekolah rendah dan menengah lain di seluruh Malaysia.Bagi pihak seluruh warga SK Kodiang saya begitu berbesar hati dengan pemilihan ini dan amat berharap SK Kodiang akan terus mendapat perhatian. dokongan, sokongan dan sumbangan dari segenap lapisan masyarakat dalam usaha merealisasikan program mega ini. Segala keprihatinan, perhatian dan sokongan semua pihak saya dengan rendah hati merakamkan jutaan terima kasih.

    BalasPadam
  4. Rasanya Sekolah Melayu Kodiang ni didirikan pada 1929. Bukan 1992.

    BalasPadam

PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2020

Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 Sesi 2020 30/12/2019 Sekitar pendaftaran dan suiakenal murid Tahun 1 Sesi 2020 Terima kasih kepad...