Bertempat di : SK Kodiang
Masa : 07.45pagi-2.00 ptg
Kepada guru-guru dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang terlibat sila hadirkan diri anda.
PENDAHULUAN
Solat adalah tiang agama dan sebagai pengikat keyakinan.Ia merupakan kemuncak daripada usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT ke atas hambanya dan perintah ini diterima langsung tanpa adanya perantara pada malam baginda dimikrajkan.Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak dan ianya adalah wasiat Rasulullah SAW yang terakhir ditujukan kepada seluruh umatnya.Solat merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya : “Beza antara orang Islam dan kafir adalah solat.”
Sehubungan itu,marilah kita bersama-sama menunaikan ibadat solat ini dan berusaha mengajar anak-anak supaya menunaikan ibadah solat serta mendidik mereka menunaikan solat dalam apa jua keadaan sekalipun.Rasulullah SAW bersabda : “Perintahkanlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka 10 tahun jika mereka masih tidak menunaikannya.”
Oleh yang demikian,untuk memastikan anak-anak ini mampu menunaikan solat.,Kem Bestari Solat merupakan medan terbaik untuk mendidik mereka melaksanakan tuntutan ini.
MATLAMAT
- Melahirkan murid yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.
- Memupuk sikap supaya murid-murid tidak meninggalkan solat fardhu
- Melahirkan insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
OBJEKTIF
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna
- Murid dapat mengetahui bilangan rakaat dan bacaan-bacaan dalam solat fardhu.
- Murid dapat menunaikan solat dengan sempurna sama ada bersendirian atau berjemaah.
RASIONAL : Murid dapat mengetahui bacaan dalam solat seterusnya dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna.
KUMPULAN SASARAN
82 Orang murid Tahun 4
103 Orang murid Tahun 5
115 Orang murid Tahun 6
TEMPAT PELAKSANAAN : Sekolah Kebangsaan Kodiang
ASM, TAHNIAH....LAWA BLOG NI?
BalasPadamTerima Kasih..sila lah follow k
BalasPadam