Ahad, 23 Oktober 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 19 2011

Kepada semua guru,murid-murid SKK dan waris SKK, anda dijemput hadir ke Kejohanan Balapan & Padang SK Kodiang yang akan diadakan pada 25/10/2011 di SKTB.

Jom ramai-ramai kita tengok sukan SKK

Isnin, 17 Oktober 2011

Perasmian Kem Bestari Solat Perdana

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika berlangsungnya Kem Bestari Solat Perdana pada 15 Oktober 2011.



















Rabu, 12 Oktober 2011

KEM BESTARI SOLAT PERDANA SK KODIANG

Tarikh : 15 Oktober 2011
Bertempat di : SK Kodiang
Masa : 07.45pagi-2.00 ptg

Kepada guru-guru dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang terlibat sila hadirkan diri anda.

PENDAHULUAN
Solat adalah tiang agama dan sebagai pengikat keyakinan.Ia merupakan kemuncak daripada usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT ke atas hambanya dan perintah ini diterima langsung tanpa adanya perantara pada malam baginda dimikrajkan.Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat kelak dan ianya adalah wasiat Rasulullah SAW yang terakhir ditujukan kepada seluruh umatnya.Solat merupakan garis pemisah antara Islam dan kafir seperti yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya : “Beza antara orang Islam dan kafir adalah solat.”
Sehubungan itu,marilah kita bersama-sama menunaikan ibadat solat ini dan berusaha mengajar anak-anak supaya menunaikan ibadah solat serta mendidik mereka menunaikan solat dalam apa jua keadaan sekalipun.Rasulullah SAW bersabda : “Perintahkanlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka 10 tahun jika mereka masih tidak menunaikannya.”
Oleh yang demikian,untuk memastikan anak-anak ini mampu menunaikan solat.,Kem Bestari Solat merupakan medan terbaik untuk mendidik mereka melaksanakan tuntutan ini.

MATLAMAT
  1. Melahirkan murid  yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.
  2. Memupuk  sikap supaya murid-murid tidak meninggalkan solat fardhu
  3. Melahirkan insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
OBJEKTIF

  1. Murid dapat berwuduk dengan sempurna
  2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat dan bacaan-bacaan dalam solat fardhu.
  3. Murid dapat menunaikan solat dengan sempurna sama ada bersendirian atau berjemaah.
RASIONAL  : Murid dapat mengetahui bacaan dalam solat seterusnya dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna.

KUMPULAN SASARAN
  82 Orang murid Tahun 4
103 Orang murid Tahun 5
115 Orang murid Tahun 6
  
TEMPAT PELAKSANAAN : Sekolah Kebangsaan Kodiang

Selasa, 11 Oktober 2011

Sejarah SK KODIANG


P
ada tahun 1992 atas kesedaran orang-orang Melayu betapa pentingnya ilmu untuk anak bangsa, maka didirikan sebuah sekolah yang kemudiannya dinamakan Sekolah  Melayu Kodiang mengikut nama tempatnya.

Usaha membangunkan sekolah ini diteruskan oleh pengasasnya                       
Tok Penghulu Awing secara bergotong-royong.  Nama Kodiang
berasal daripada Bahasa Siam yang bermaksud Bukit Merah.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 26 Ogos 1932 bersamaan 3 Muharam 1341 Hijrah.  Pada tahun 1959 namanya telah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Kodiang dan kekal hingga hari ini.

            Asal sekolah ini diperbuat daripada kayu bertiang bulat tanpa berturap lantainya.  Tahun 1934 kerajaan telah menggantikan dengan bengunan batu yang dikenali sebagai Bangunan A.  Pada tahun 1953 Lembaga  Didikan telah membangunkan sebuah bangunan yang dikenali dengan Bangunan B.  Tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan didirikan dan dikenali Bangunan C.

            Oleh kerana kemasukan murid-murid semakin bertambah tahun demi tahun dan keluasan tanah tidak boleh dibina bangunan tambahan, maka satu lokasi baru dicari.

Akhirnya pada tahun 1983 terbinalah Sekolah Kebangsaan Kodiang di tapak baru dengan bangunan tiga tingkat manakala sekolah lama dikekalkan sebagai sekolah cawangan.

            Lebih menarik lagi pada tahun 1990, sebuah Pusat Kegiatan Guru bagi sekolah-sekolah kawasan Kodiang telah dibina dalam kawasan sekolah baru ini.

            Turut didirikan sebuah kantin, 4 unit rumah guru, 2 bangsal basikal dan didirikan sebuah padang permainan yang luas.

Ada lagi gambar-gambar Lawatan ke Melaka dan Kuala Lumpur Pelajar Tahun 6- 4/10-6/10/2011

Jom tengok-tengok pic-pic yang saya dapat dari Pn Rosmawati.














PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2020

Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 Sesi 2020 30/12/2019 Sekitar pendaftaran dan suiakenal murid Tahun 1 Sesi 2020 Terima kasih kepad...