PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia
05 FEBRUARI 2017
PROGRAM JOM KE SEKOLAH
Program Jom Ke Sekolah adalah
merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah
laku murid. Penglibatan pihak Polis
dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Objektif :
- Mewujudkan
hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan
pihak PPS.
- Membantu
mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan
jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama
ada di dalam atau di luar sekolah.
- Membugar kembali
penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010 KP
(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld.2 (19) bertarikh 29 Julai 2010
Anjuran :
• Program Jom Ke
sekolah merupakan NBOS di antara KPM
(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM
(Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.