Pengenalan
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan  yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu  (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan  Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar  pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
- Menitikberatkan  peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),  
pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. - Menarik  perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam  
masyarakat Malaysia. - Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
 - Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
 - Memberi peluang  untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar,  persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. - Menilai secara  objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil  
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 
TEMA HARI GURU : 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Buku Program Sambutan Hari Guru 2012
Klik untuk size yang lebih besar.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan