Khamis, 26 Julai 2012

Persaraan En Sarif Abdullah b Sarif Jamil

Bismillahirrahhmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera;



Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Sarif Abdullah b Sarif Jamil yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan bersara wajib pada 25 Julai 2012. Sesungguhnya budi dan ilmu  yang dicurahkan sepanjang berada didalam dunia pendidikan perguruan amatlah dihargai dan disanjung tinggi demi merealisasikan pendidikan ke arah kecemerlangan.

Harapan pihak sekolah agar hubungan yang terbina dapat dikekalkan dengan sumbangan ilmu dan kepakaran yang ada Walau apapun bidang yang dipilih untuk diceburi, satu perkara yang nyata ialah adanya peluang untuk melakukan sesuatu yang berfaedah tanpa dikongkong oleh masa dan boleh membuat pilihan sendiri dan menentukan sendiri jadual harian. Walau apapun arah tuju yang dipilih, jagalah kesihatan masing-masing.

SELAMAT BERSARA ,SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN.



 
























 



 





Isnin, 21 Mei 2012

Projek Pendidikan Khas bersama waris Pendidikan Khas

Projek Kebun Pendidikan Khas ini telah diusahakan oleh guru-guru Pendidikan Khas dan disokong penuh oleh para waris Pendidikan Khas yang berganding bahu bersama-sama menyediakan kawasan kebun untuk tanaman sayur-sayuran.

Projek kebun ini dijalankan bagi menggalakkan penglibatan pelajar istimewa yang lebih menyeluruh dalam aktiviti seharian mereka.

Lokasi : Belakang kelas Pendidikan Khas SKK

Antara waris yang bergotong royong menyiapkan tapak kebun

Tapak kebun yang telah siap

Air menghilangkan dahaga setelah berpenat lelah

Waris Prihatin

Hampir siap sepenuhnya

Tapak projek adalah di belakang kelas pendidikan khas



Ahad, 20 Mei 2012

Keratan Akhbar

Berita Harian bertarikh 17 Mei 2012


GURU BUKAN KERJAYA: KEPUASAN HADIR MELALUI KEIKHLASAN MENDIDIK PELAJAR

Warna Warni sekitar Sambutan Hari Guru 2012 Sekolah Kebangsaan Kodiang

Pengenalan

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
    pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
    masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
    -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
    langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
TEMA HARI GURU : 2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Buku Program Sambutan Hari Guru 2012




Klik untuk size yang lebih besar.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK KODIANG

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kodiang telah diadakan pada 10 Mei 2012 bertempat di Dewan Seri Kemuning SKK. 
Jutaan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Rooslee b Ismail BCK, Timbalan Pengarah JPN Kedah kerana sudi menyempurnakan majlis.


Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.
Buku Program sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SKK











PENDAFTARAN DAN SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2020

Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 Sesi 2020 30/12/2019 Sekitar pendaftaran dan suiakenal murid Tahun 1 Sesi 2020 Terima kasih kepad...