Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot
dalam Pengajaran Abad Ke-21
Kahoot merupakan suatu aplikasi kuiz secara online yang dibina oleh guru untuk merangsang minat murid semasa proses P&P melalui suasana pembelajaran secara interaktif. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar.
Penggunaan Kahoot dalam P&P juga turut menerapkan unsur didik hibur dan dilihat sangat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran abad ke 21.