HOUR OF CODE
Bermula 16 Julai sehingga 3 Ogos 2018
Hour Of Code adalah satu pergerakan global diterajui oleh code.org yang menfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan coding dan pengaturcaraan selama satu jam.
Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Teknologi Maklumat Komunikasi (semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) baru bagi matapelajaran Asas Sains Komputer dan Sains Komputer yang menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains di sekolah.
Pelajar yang terlibat akan mendapat sijil penyertaan daripada code.org. Sijil penyertaan Hour of Code dikira sebagai sumbangan terhadap system Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pada peringkat sekolah dibawah komponen kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh BKK.
Sekolah Kebangsaan Kodiang telah menyertai program ini dengan sasaran murid 40 orang daripada murid tahap 2.